Senin, 22 Februari 2010

buah jambu

Jambu Air yang sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kembali kita ke segmen buah-buahan.. He he he.. Cam rancangan tv lah plak.. Tapi rasanya ramai rakan-rakan yang meminati jambu air ni. Malahan kalau pergi ke utara dan singgah ke Rawat dan Rehat (RNR) Tapah, jambu air sering menjadi tumpuan untuk dibawa balik sebagai buah tangan. Betul tak??

Baru-baru ni adik saya telah membeli jambu air ketika beliau ke JB.. Memang best sekali terutama di tambah dengan jeruk yang dibeli dari Penang..

Ops cukup pasal kesedapan buah jambu tu.. Rasanya tak seronok kalau tak tulis info-info tentang buah jambu air ni..

Jambu air adalah tumbuhan dalam suku jambu-jambuan . Antara jambu yang sedang meningkat popular ialah jambu air mawar atau jambu semarang. Dikalangan pengusaha, jambu ini dikenali sebagai “jambu madu”. Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jambu semarang yang telah dibawa masuk dari Indonesia dan Thailand.

Buah jambu mengandungi kandungan vitaman C 3 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren, dua kali ganda lebih tinggi daripada buah betik dan sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada buah pisang. Kebanyakan vitamin C didapati di bahagian kulit dan mesokarpa buah. Secara amnya jenis buah yang berisi merah mengandungi vitamin C yang lebih tinggi berbanding buah yang berisi putih.

jambu air



Tidak ada komentar:

Posting Komentar